The Government of Brunei Darussalam

 

 

 

 


Sejarah Ringkas Pengangkutan Darat di Negara Brunei Darussalam
 

  • Pada tahun 1907, Jalan lintas (foothpath) yang teratur mula dibina di negara ini untuk menghubungkan Residency (terletak di Jalan Subok) dengan Bandar Brunei.
     

  • Jalan Rantis bagi menghubungkan Bandar Brunei dengan Kuala Belait sejauh 60 batu dibina pada tahun 1914.
     

  • Pada tahun 1924, dikeluarkan Undang-Undang yang boleh dikatakan sebagai Undang-Undang dan Peraturan-Peraturan Lalulintas Jalan Raya yang pertama bagi Negeri Brunei iaitu "Traction Engines and Motor Cars Enactment 1924".
     

  • Pendaftaran Kereta sejumlah 21 buah bermula pada tahun 1926.
     

  • Pada tahun 1928 telah dimulakan Perkhidmatan Bas Kerajaan dari Daerah Tutong ke Daerah Belait sejauh 35 batu perjalanan.
     

  • Pendaftaran Kereta-Kereta termasuk Basikal telah mula dibuat oleh pihak Polis pada tahun 1929 sebanyak 45 buah dan Lesen Memandu dikeluarkan kepada 58 orang.
     

  • Pada tahun 1930, jumlah kereta yang didaftarkan ialah 73 buah.
     

  • Jumlah kereta yang didaftarkan sehingga tahun 1950 ialah sebanyak 1500 buah dan pemegang Lesen Memandu seramai 2048 orang. Kebanyakan kereta-kereta yang didaftarkan itu ialah di Daerah Belait sebanyak 975 buah dan hanya 225 buah di Daerah Brunei/Muara.
     

  • Undang-Undang Lalulintas Jalan Raya yang maseh berkuatkuasa hingga hari ini digubal pada tahun 1954, dan Peraturan-Peraturan Lalulintas Jalan Raya dikeluarkan pada 1hb. Januari 1956. Pengawal Pengangkutan Darat pada masa itu ialah seorang "Chief Police Officer".
     

  • Sehingga tahun 1960, jumlah kereta-kereta yang didaftarkan dinegara ini ialah sebanyak 7992 buah dan jumlah Lesen Memandu dikeluarkan ialah untuk 7519 orang. Jumlah pendapatan pada tahun 1960 ialah $294,212.00.
     

  • Pada 1hb. Januari, 1962, Pejabat yang dibawah pentadbiran pihak Polis telah diasingkan menjadi sebuah Jabatan yang tersendiri dibawah arahan Pengawalnya yang pertama Inche Abd. Ghani bin Jamil.
     

  • Pada 1hb. Januari, 1963, pendaftaran Basikal telah ditiadakan.
     

  • Ibu Pejabat di KM5 Jalan Gadong (sekarang dikenal Cawangan Daerah Brunei/Muara) dibuka pada bulan Januari 1969 dan pada tahun pertama Pejabat ini dibuka, Hasil Pendapatan yang dikutip ialah $671,829.00.
     

  • Pada 25hb. Julai, 1996, Jabatan Pengangkutan Darat beribupejabat disebuah bangunan baru yang terletak di KM6, Beribi, Jalan Gadong



|| Sejarah Ringkas | Pesanan Dari Pengarah | Misi, Fungsi & Tugas-Tugas Utama | Maklumat Perangkaan | Peraturan-Peraturan | Perancangan & Peranan | Perkhidmatan-Perkhidmatan | Kadar Bayaran | Maklumbalas ||

|| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||