Pesanan dari Pengarah
Pembuka kata dari Pengarah Pengangkutan Darat, Jabatan Pengangkutan darat
Jabatan Pengangkutan Darat adalah salah sebuah jabatan dibawah Kementerian Perhubungan yang melaksanakan berbagai-bagai projek dalam merelasasikan Brunei Darussalam sebagai
Pusat Perdagangan menjelang tahun 2024.
Jabatan Pengangkutan Darat percaya bahawa penyaluran maklumat seperti maklumat perkhidmatan pengangkutan awam dan perkembangan pasarana pengangkutan di Negara ini adalah amat berguna
bagi orang ramai terutamanya para pelancong dan para peniaga
tempatan yang berhasrat untok memperkembangkan perniagaan mereka.
Dengan adanya Laman (web site) ini, Jabatan Pengangkutan Darat merasa bangga untuk sama-sama bertukar maklumat yang disalurkan kedalam laman Jabatan Pengangkutan Darat.
Kami mengucapkan selamat
datang ke Laman Jabatan Pengangkutan Darat dan berharap akan dapat membantu
Awda sekelian.
Yang Mulia Awg Mohammed Riza Bin Dato Paduka Haji Mohammed Yunos
Pengarah Pengangkutan Darat